SEJARAH KEMUNCULAN REPUBLIK ROM DAN CIRI-CIRINYA

 

Republik bermaksud negara yang tidak mempunyai raja. Republik juga bermaksud sebuah negara yang diperintah oleh seorang Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Selain itu, Republik juga bermaksud kuasa tidak sepenuhnya terletak di tangan rakyat. Tidak ada sesiapapun yang boleh mewarisi jawatan politiknya kepada orang lain mengikut sistem warisan. Terdapat dua buah kerajaan yang mengamalkan republik dalam sistem pemerintahan iaitu Rom di Rom dan Athens di Yunani.

 

Rom pada asalnya mengamalkan pemerintahan beraja. Rajanya berkuasa mutlak. Raja Rom bersifat zalim menyebabkan rakyatnya berasa tertekan dengan tindakan raja. Rakyat tidak mahu lagi ditindas oleh raja. Sikap raja yang zalim menyebabkan golongan rakyat memberontak. Raja Tarquin adalah raja Rom terakhir. Raja Tarquin disebabkan kezalimannya telah diusir keluar dari Rom pada tahun 509 SM. Dengan itu, tamatnya pemerintahan beraja dan munculnya republik di Rom. Rakyat biasa yakin akan memerintah dengan lebih baik mengikut sistem republik daripada sistem beraja.

 

Rom tidak lagi mempunyai raja semasa mengamalkan republik. Rakyat yakin mereka boleh tadbir sendiri dengan baik tanpa raja. Rakyat telah memilih 2 orang dari kalangan penduduk untuk mentadbir Rom. Dua orang itu membentuk majlis. Rakyat memilih 2 orang wakil supaya mereka boleh sering mengawal kuasa masing-masing supaya tidak mempunyai kuasa yang lebih dan mutlak seperti pemerintahan Raja Tarquin. Dua orang yang dilantik akan memegang jawatan selama satu tahun.

 

Ciri yang kedua Republik Rom ialah mempunyai 3 badan utama dalam pemerintahan. Ia ialah Dewan Perhimpunan, Majlis dan Majistret. Majlis dianggotai oleh 2 orang Konsul. Majlis mempunyai kuasa politik yang banyak. Walau bagaimanapun, Majlis tidak boleh ambil sebarang tindakan tanpa persetujuan daripada seorang lagi. Hal ini akan lebih menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Majlis akan mengetuai angkatan tentera semasa berperang dan menguruskan hal keagamaan. Senat terdiri daripada golongan Patrician yang mempunyai pengalaman banyak dalam kerajaan. Mereka menguruskan hal perundangan, cukai dan hal-hal lain. Nasihat mereka adalah amat berharga.

 

Republik Rom mengamalkan sistem yang berunsur demokrasi. Semua rakyat diberi hak untuk menyampai pandangan. Mereka juga berhak untuk memilih. Walaupun rakyat biasa tidak dapat jawat jawatan penting dalam kerajaan, mereka boleh menyampai pandangan mereka melalui badan tertentu. Ia adalah Centuriate Assembly. Rakyat juga berhak untuk memilih wakil mereka di Majlis, semasa pemilihan Konsul diadakan.

 

Selain itu, rakyat biasa di Rom tidak mempunyai kuasa politik yang sepenuhnya. Rakyat biasa hanya boleh menjadi ahli Dewan Perhimpunan. Mereka tidak boleh menjadi anggota senat dan majlis. Mereka tidak boleh jawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Golongan Patrician memonopolikan 2 institusi yang penting. Ia ialah senat dan majlis. Jadi, kuasa rakyat biasa adalah lebih kurang daripada golongan Patrician.

 

Ciri seterusnya di Republik Rom ialah hak rakyat. Di Rom, golongan Patrician mempunyai kuasa dan hak yang lebih luas. Mereka boleh menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Mereka mempunyai hak yang lebih luas. Golongan Plebian pula mempunyai hak dan kuasa yang lebih kurang. Mereka tidak boleh menjadi anggota Senat dan Majlis. Mereka mempunyai hak rakyat yang terhad sahaja. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh mengemukakan pandangan mereka melalui badan tertentu. Badan itu ialah Centuriate Assembly.

 

Dalam Republik Rom, golongan Patrician yang akan mendominasikan kuasa politik. Oleh sebab Senat dianggotai oleh golongan bangsawan, maka pertelingkahan, pergaduhan akan sering berlaku di kalangan mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak bersatu padu. Seterusnya ia telah membuka jalan kepada kemunculan diktator. Golongan petani dan bawahan telah bergabung memberontak golongan Patrician. Mereka inginkan pembaharuan dari segi ekonomi terutamanya mengenai isu tanah. Hal ini menyebabkan kemunculan diktator yang terkenal iaitu Julius Caesar yang mempunyai angkatan tentera yang kuat dan teratur.

 

Selain itu, pada akhir pemerintahan Republik Rom, beberapa jawatan baru telah diadakan. Jawatan itu diwujud untuk mengambilalih tugas Majlis. Jawatan itu seperti Quasters, hakim, Cansor dan sebagainya. Quasters bertanggungjawab mengenai hal kewangan dalam Republik Rom. Hakim atau dikenali sebagai Praetors akan ambilalih tugas Majlis. Hakim mendengar kes-kes kesalahan di mahkamah kemudian hakim akan memutuskan sama ada pesalah itu bersalah ataupun tidak. Cansors pula bertindak seperti pegawai tanah atau daerah. Dia bertanggungjawab menyeliakan tanah-tanah, memastikan ketaatan rakyat serta memungut cukai. Jawatan baru ini telah mengurangkan kuasa dan tugas Majlis.

 

Di Republik Rom, jawatan politik tidak boleh diwarisi. Tidak ada seorang pun yang berhak untuk mewarisi hak politiknya kepada orang lain. Sistem ini berbeza dengan sistem beraja. Orang yang memegang jawatan politik dalam kerajaan adalah dipilih oleh rakyat. Sebagai contoh, Konsul yang telah meninggal dunia tidak boleh mewarisi hak politiknya kepada anaknya. Anaknya tidak semesti menjadi Konsul. Jawatan kosong akan diisi melalui pilihanraya.

 

Semasa peperangan, salah seorang Konsul harus mengetuai tentera. Jadi hanya akan tinggal seorang Konsul di kerajaan. Orang yang telah pergi berperang itu boleh menyerahkan kuasanya kepada seorang itu lagi yang mentadbir kerajaan. Jadi, seoranag Konsul lagi itu boleh mentadbir kerajaan Rom seorang diri dalam tempoh tertentu. Konsul yang pergi berperang menyerah kuasa selama 6 bulan sahaja. Jadi, pemerintahan seorang Konsul hanya boleh dijalankan dalam tempoh 6 bulan. Dia tidak boleh mentadbir lebih daripada 6 bulan.

 

Secara kesimpulannya, pemerintahan berbentuk republik adalah jauh lebih baik daripada pemerintahan beraja. Rakyat boleh hidup dengan lebih aman. Republik mempunyai faedahnya sehingga corak pemerintahan ini telah diamalkan hingga sekarang, contohnya Republik Jerman.

 

[Main]