Unit Plot Eksperimen


Fotograf Unit Plot Eksperimen

Objek 13.1 : Fotograf yang menunjukkan pintu masuk Unit Plot Eksperimen.

 


Pengenalan

            Unit Plot Eksperimen ini merupakan sebuah tapak yang dikhaskan untuk membuat pelbagai jenis eksperimen ke atas tumbuhan dan nic ekologinya. Ia juga merupakan suatu tapak eksperimen bagi matapelajaran sains terutamanya biologi. Eksperimen yang dilakukan di sini merupakan kajian yang tidak dapat dilakukan di dalam makmal seperti mengkaji persaingan di antara tumbuhan dan pembiakan seks tumbuhan. Ini dapat memberi pendekatan kepada pelajar terhadap ciri-ciri sebenar tumbuhan yang tidak dapat dipelajari daripada buku. Ia mungkin dapat dibaca dalam buku-buku sains tetapi pemahaman yang lebih mendalam lagi tidak dapat diserap tanpa pendedahan secara langsung. Oleh itu, pembelajaran matapelajaran biologi yang lebih efektif dapat dilakukan dengan adanya unit ini.


Objektif


Kajian

Pelbagai kajian telah dijalankan dalam unit ini . Kebanyakannya dilakukan untuk tujuan pembelajaran matapelajaran biologi.


Unit XerofitPelan IndukUnit Taman Burung