METODOLOGI IMAM AL-SYAUKANI
DI DALAM KITABNYA
NAIL AL-AUTHAR

1.  Pendahuluan

 Ulama Silam seakan berlumba-lumba meneroka setiap disiplin ilmu Islam yang bercambah dengan rancaknya sejak awal abad pertama. Usaha-usaha golongan muhaddithin terutamanya di dalam memastikan ketulenan dan kemurnian sesebuah hadith tidak usah dipertikai. Al-Bukhari memperkenalkan kod etika penulenan sesebuah periwayatan hadith. Al-Tirmidhi menghimpunkan hadith-hadith mengenai peribadi Rasulullah SAW di dalam kitab al-Syamailnya yang tersohor sehingga kini dan ramai lagi.

 Budaya rihlah al-ilmiyyah ataupun ekspedisi ilmiah diamalkan di kalangan penyelidik hadith yang cintakan kesahihan. Mereka merantau ke ceruk benua mencari para rijal al-hadith yang boleh membantu mereka. Hadith-hadith ini kemudiannya dikritik dan diberikan komentar terutama yang berkaitan dengan sistem Isnad dan matan .

 Hakikatnya disiplin ilmu al-hadith kian berkembang. Usaha-usaha pengumpulan semula hadith daripada manuskrip yang lama ,lalu ditulis kembali , disusun di dalam kitab-kitab dan bab-bab.Kemudian usaha ini bertukar wajah kepada adanya usaha mengulas kitab-kitab yang sukar dan diberikan makna yang banyak mengenainya. Dari sini juga rancaknya disiplin ilmu dan cabang ilmu yang baru berkaitan dengan hadith. Mini latihan ilmiah ini akan mendekati al-Syaukani , seorang Muhaddithin dan juga mufassirin. Penulis akan membentangkan metodologi yang digunakan oleh beliau di dalam kitabnya iaitu Nail al-Authar.

2. Biodata Imam Al-Syaukani.

Imam ini bernama Muhammad Bin Ali Bin Muhammad Bin Abdullah al-Syaukani  al-San’aani. Beliau dilahirkan pada tengahari Isnin , 28 Zulkaedah 1172  Hijrah di Syaukan. Beliau meninggal dunia  pada malam Rabu 27 Jamadil Akhir 1250 Hijrah.

3. Pengenalan Kitab

Nama lengkap kitab ini ialah Nail al-Authar Syarah Muntaqo al-Akhbar min Ahadith Sayyid al-Akhyar saw. Dicetak dan diterbitkan oleh  Dar al-Baz Li al-Nashr wa al-Tauzi’ Mekah dan Dar al-Kutub al-Ilmiah , Beyrut. Kitab ini telah diulas dan dikemaskinikan oleh Muhammad Salim Hashim. Beliau telah membariskan kalimah hadith , menyemak , meletakkan nombor di dalam setiap kitab, bab dan hadith.

Kitab ini merupakan sumber rujukan di dalam bidang fiqh dan hukum yang bersumberkan daripada hadith Nabi saw. Karya ini merupakan ulasan kepada kitab al-Muntaqo  al-Akhbar min Ahadith Sayyid al-Akhyar saw hasil tulisan Abu al-Barakat Majd al-Din Abdul Salam Bin Abdullah  Bin Abi al-Qasim Bin Muhammad Bin al-Khidir Bin Muhammad Bin Ali Bin Abdullah al-Harani . Beliau lebih tersohor sebagai Ibn Taimiyah.

Kitab Nail al-Authar merupakan sebuah hasil karya yang sempurna. Al-Syaukani amat teliti . Beliau memiliki metodologi yang tersendiri di dalam mengulaskan hadith dan hukum yang dikeluarkan. Kitab ini juga unik lantaran muatan ilmu fiqhnya yang sarat serta pandangan ulama Mazhab semasa dan mazhab tradisional yang kini sudah tidak didengari dan dikenali lagi.

Cetakan edisi terbaru yang pertama ialah pada tahun 1995 di bawah kelolaan  Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Jumlah jilidnya ialah empat manakala
 
 

jumlah juzuknyasebanyak lapan juzuk kesemuanya. Hadith-hadithnya disusun mengikut katogori kitab ,Abwab dan bab.Dimulakan dengan Kitab al-Thoharah dan disudahi dengan  kitab al-Aqdhiah wa al-Ahkam. Bilangan kitabnya sebanyak 54 kitab manakala bilangan Abwabnya sebanyak 55 . Di dalam abwab ini diperincikan lagi di dalam bentuk bab-bab kecil dan bilangan semua bab ini ialah 1040 bab.

Sinopsis mengenai latarbelakang kelahiran dan kehidupan ilmu al-Syaukani menjadi pendahuluan di dalam kitab ini. Sebelum mengamati isi kandungan ini lebih mendalam , pembaca berkenalan dengan kehidupan al-Syaukani , mazhab , pegangan akidah serta ketinggian intelektual beliau. Dari sinilah antara faktor pemangkin lahirnya sebuah kitab hadith yang sarat muatannya dengan hukum fiqh serta kaedah-kaedahnya.

Cetakan terbaru ini telah disusun dengan kemas dan tidak menjemukan. Sebagai contohnya penyusunan kitab al-Thoharah. Dimulakan dengan Bab air dan diperincikan dengan ulasan bab-bab yang lebih kecil.
 
 
 

4. Dorongan dan Faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan al-
           Syaukani.

Penulis mengira ada beberapa faktor yang mempengaruhi penulisan al-Syaukani . Menghasilkan sebuah kitab yang padat dengan hukum-hukum fiqh bukan satu kerja yang mudah .  Penulis cuba mengetengahkan pemangkin terhasilnya sebuah kitab ulasan kepada kitab hadith yang agung.

i. Latar belakang Pendidikan yang mantap .

Al-Syaukani mendapat pendidikan di bawah mata bapanya sendiri iaitu seorang ulama mazhab syafi’i. Sejak kecil budaya ulama telah disuntik di dalam dirinya. Kerana itu beliau tidak berenggang daripada majlis ilmu dan ulama. Pendidikan pertamanya bermula daripada al-Quran. Beliau mendapat pengajaran secara langsung daripada  beberapa orang guru al-Quran. Pengajian al-Qurannya tamat di bawah pengawasan seorang ulama fiqh yang terkenal  iaitu Hasan Bin Abdullah al-Habal.

Ketika itu juga beliau mula mendekati bidang fiqh lantas kitab karya Imam al-Mahdi iaitu Al-Azhar telah diamati dan dihafalnya. Beliau juga turut menghafal kitab al-Fara’id karya al-A’sofiri , Kitab al-Mahlal, kitab al-Kafiah , kitab al-Syafiah karya Ibn Hajib. Beliau juga cenderung kepada bahasa arab , sejarah dan etika.

ii. Menguasai multi Ilmu yang diperlukan oleh seorang
          muhaddithin  dan penulis.

Tanda kepintaran al-Syaukani yang luar biasa sudah diasah oleh bapanya sejak beliau masih kecil. Al-Quran menjadi sumber ilmu pertama dan beliau sendiri menuntut ilmu al-Quran daripada ahli-ahli fiqh. Al-Syaukani disifatkan sebagai berikut  :
 1. Seorang Profesor yang berjiwa ketuhanan.
 2. Pengamat suasana yang sensitif.
 3. Penghulu para imam
 4. Mufti
 5. Ahli akademik
 6. Pakar hadith dan Peneliti Isnad yang cermat.
 7. Hafiz al-Hadith serta Sheikh yang ulung di dalam
   periwayatan al-hadith
 8. Penterjemah hadith dan al-Quran
 9. Pakar Bahasa Arab
 10. Ahli Ijtihad
 11. Penulis yang unik
 12. Ketua Qadi

iii. Pengaruh daripada mazhab yang dianuti dan suasana
           semasa

Beliau  mendalami  mazhab Imam Zaid dan menganutinya. Beliau telah berjaya merungkaikan tradisi taqlid dan taasub di kalangan umat Islam pada zamannya dan menghiasi zaman tersebut dengan ijtihad. Bagaimanapun , beliau mendapat tentangan hebat daripada mazhab-mazhab sezamannya seperti mazhab ahl al-Bait. Kemuncak penentangan ini ialah tuduhan taqlid .  Beliau difitnah dan sebaliknya beliau pula dituduh  sebagai seorang yang bertaqlid.

Al-Syaukani berpegangan dengan akidah ulama salaf  . Beliau berdalilkan kata-kata ulama sahabat , tabiin dan tabi’tabiin. Umat pada zaman al-Syaukani sangat berpegang teguh pada pandangan mazhab masing-masing . Mereka kurang membuka pintu perbincangan di dalam permasalahan fiqh .  Kitab ini dihasilkan sebagai amak kunci persefahaman di antara ulama fiqh.

6.    Metodologi al-Syaukani di dalam Nail al-Authar

   Kitab Nail al-Authar  merupakan sebuah kitab yang padat dengan ilmu. Al-Syaukani menekankan metod yang tertentu seperti berikut :

1. Memberikan penerangan secara terperinci  daripada sumber manakah hadith tersebut diperolehi.

Al-Syaukani menitik beratkan persoalan mengenai takhrij al-hadith.Beliau akan menyatakan sumber hadith syarahannya diperolehi. Contohnya  hadith 1 , mengenai  bab bersuci dengan air laut. Beliau mengulas bahawa hadith tersebut diriwayatkan oleh Abu Daud , al-Tirmidhi, al-Nasa’I , Ibn Majah dan Ahmad. Beliau juga menambah bahawa Ibn Huzaimah, Ibn Hiban , Ibn al-Jarud , al-Hakim, al-Daruqutni dan al-Baihaqi juga turut meriwayatkan hadith tersebut.  Beliau juga turut menyebut nama-nama kitab sumber hadith ini diperolehi.

2. Memastikan kedudukan rawi-rawi hadith. Beliau membuat kritikan terhadap sanad ( Turuq) dan matan hadith.

Beliau turut mengulas mengenai tabaqat al-sahabah terutama nama-nama perawi yang jarang didengari.Beliau akan menyatakan akan membantu pembaca mengenal nama perawi dengan menyebut nama dan cara bacaannya dengan tepat selanjutnya menjelaskan latarbelakang perawi tersebut serba sedikit sama ada perawi itu sahabat , tabbin ataupun tabi’ tabiin. Sekiranya perawi tersebut termasuk dalam tabaqat al-Sahabah ,beliau akan perincikan kepada sahabah katogori muhajirin,Ansar, dan sebagainya lagi.

Contohnya hadith Bil 1367 di dalam  bab al-Mubadarah Ila Tajhiz al-Mayyit wa Qada’ dainahu. Perawinya Husaini Ibn Wahwah.Al-Syaukani membantu pembaca menyebut nama perawi ini dengan betul.Beliau juga menerangkan bahawa Husaini ini termasuk di dalam kotogori perawi al-Sahabah daripada golongan Ansar.

Al-Syaukani akan memberikan kritikan tajam mengenai sanad hadith yang lemah. Contohnya komentar beliau terhadap hadith yang diriwayatkan oleh al-Daruqutni  yang mengandungi sanad yang dhaif. Beliau akan menyebut secara jelas tentang perawi yang berada di dalam sistem sanad hadith yang diriwayatkan. Contohnya Bashar Bin Harbi al-Razi yang dikatakan dhaif serta Muhammad Bin Jabir yang dikatogorikan sebagai Matruk

 Contoh yang lain ialah ketika beliau mengulas perawi-perawi hadith bilangan  468 bab wakt solat al-Fajr ,  bahawa mereka ini diperakui menyampaikan  riwayat  yang  sahih  daripada sumber riwayat Abu Daud

 Al-Syaukani akan memberikan komentar dan kritikan berpandukan kata-kata ulama hadith dan maklumat yang lengkap. Beliau akan menyatakan secara terbuka kriteria perawi yang berada di dalam sistem sanad sama ada thiqah, soduq, matruk dan lain-lain.

3. Menerangkan dengan cermat kedudukan hadith yang diriwayatkan.

Lazimnya setiap muhaddithin dan mereka yang bertanggungjawab mengenai ulasan dan syarahan kitab hadith amat menitik beratkan kesahihan dan ketinggian autoriti sesebuah hadith. Al-Syaukani akan menyatakan sebab-sebab  hadith tertentu dikatakan sahih, hasan ataupun dhaif.

Contohnya hadith Bil 688  di dalam bab ma ja a Fi Bismillah al-Rahman al-Rahim yang bersumberkan dari  riwayat Ahmad dan Abu Daud.  Hadith tersebut turut diriwayatkan oleh al-Tirmidhi bagaimanapun hadith ini dikritik sebagai hadith gharib  disebabkan sanadnya yang tidak bersambung.
 

Beliau akan membawakan pandangan ulama mengenai martabat hadith yang disyarahkan. Selepas itu barulah beliau mengutarakan pandangan peribadi beliau terhadap hadith  kajiannya.

Di dalam hadith bil.688 tersebut dinyatakan bahawa menurut pandangan al-Thawi , hadith ini diistilahkan sebagai Munqathi’ kerana menurut al-Thahawi, Ibn Abi Malikah tidak pernah mendengar hadith daripada Ummu Salamah. Beliau berhujah dengan mengambil riwayat yang sama tetapi sistem sanadnya daripada riwayat al-Laith daripada Ibn Abi Malikah,daripada Ya’la Bin Mamlak daripada ummu Salamah.

Menurut Ibn Hajar , Yang dikatakan cacat  disini sebenarnya bukanlah cacat .Al-Thirmidhi sendiri telah meriwayatkan hadith ini daripada Ibn Abi Malikah daripada Ummum Salamah dengan tidak ada pengantara bagaimanapun beliau sendiri menyatakan bahawa hadith ini gharib di sini. Pun begitu hadith ini diulang di dalam riwayat al-Tirmidhi di dalam bab yang lain  pula  dengan tambahan di dalam sistem sanad daripada Ibn Abi Malikah , daripada Ya’la Bin Mamlak dan Ummu Salamah.

Kita tinjau bagaimana ulasan al-Syaukani mengenai autoriti hadith Bil 690  dalam bab membaca Basmalah di dalam al-fatihah.

 Beliau membawa pandangan al-Tirmidhi bahawa hadith yang diriwayatkan ini hasan sahih.Manakala  Al-Bukhari menyatakan ada illah di dalam hadith tersebut kerana ada perawinya yang bernama Abas al-Jashmi tidak mendengar hadith daripada Abu Hurairah. Bagaimanapun Ibn Hiban memasukkan nama perawi ini di dalam kitab al-Thiqat. Hadith ini turut dimuatkan oleh al-Thabarani di dalam kitabnya al-Kabir dengan sanad yang sahih.

4. Mengulas perkataan-perkataan dan lughat al-hadith serta membawa perbezaan lafaz yang timbul daripada hadith yang hampir sama matannya.

Bagi mencapai objektif pemahaman sesebuah hadith dan mengeluarkan hukum secara tepat, Al-Syaukani tidak memandang enteng persoalan mengenai bahasa. Beliau memberikan perhatian yang serius di dalam aspek bahasa dan nahu. Beliau akan mengupas bahasa dan lafaz-lafaz istilah. Beliau akan memetik pandangan daripada ulama bahasa. Pengamatan beliau mengenai bahasa dapat dilihat di dalam petikan-petikan berikut :
?????? ???? , ????? : ??? ????? ?????? , ??? ???????? ???? ???? ???? ?? ??????? ??????? , ??? ??? ??? ???? ????? ????? ???? ??????? ????? ??? ????? ????? ????? ?????? ??? ?????? ???????? ???????? ??? ??? ???? ??????? ?????. ????? ??? ?????? ???? ????? ??? ????? ?? ???? ??????? ????? ??????? ?? ?????, ??????? ???  ???? ??? ?????   ?? ?????? ?? ???? ?? ??????
 

Selanjutnya ketika mengulas mengenai makna kalimah
 

????? : ????? ??? ??? ????? : ????? ??????? ????????? ????? ????? ??????? ???? ?????? , ??????? ?? ???? ?????? , ??? ??? ????? ????? ???? ?????  ?????? ???? ?????  ??? ??????? ?????? ???????? ?????. ???? ?? ??????? : ??????? ??????? . ????? ???? ??? ?????? ???????

5. Membuat ulasan mengenai hukum.

Mengeluarkan hukum berdasarkan fiqh al-hadith merupakan kemuncak daripada pembelajaran al-hadith. Al-Syaukani yang berlatarbelakangkan bidang fiqh  telah menghasilkan sebuah karya syarahan hadith dengan sulaman fiqh yang baik. Beliau menjelaskan perbezaan pandangan ulama mazhab  daripada setiap generasi bermula daripada sahabat , tabiin dan seterus tabi’tabiin dan ulama sezaman dengan beliau. Komparatif daripada pandangan mazhab ini diulas secara kritis dan tidak menjemukan. Apa yang lebih menarik lagi ialah beliau akan buat komentar dan pendirian beliau sendiri tentang hukum yang timbul.

Contohnya di dalam menetapkan hukum membaca qunut. Di dalam mengulas hadith ini , al-Syaukani mengemukakan pandangan ulama setiap generasi . Ibn Abbas , Ibn Umar menyatakan bahawa membaca qunut di dalam solat subuh adalah bid’ah.  Tetapi ia menjadi amalan para sahabat seperti Muawiyah dan Abu Hurairah.

Golongan ahl al-Ilmi juga  berpandangan  bahawa qunut bukan amalan Rasulullah saw. Begitu juga pandangan  empat imam tabi’in iaitu Abu Hanifah , Ibn Mubarak , Ahmad Bin Hanbal dan Ishak Ibn Rawaih .

Beliau kemudiannya menyebut satu persatu nama-nama ulama dan jumhur yang berpendapat bahawa qunut adalah sunnah di dalam solat subuh.

??? ????? ??? ??? ????? ?? ???? ????? ??? ???? ??????? ?? ???? ?????  ?? ??????? ???????? ??? ????? ?? ????? ??????? ?? ?? ?? ??????? ??????? ??????? ??? ???? ???? ??? ?? ???????, ?? ?????????  ??? ???? ???????? ????? ?? ????  ????  ????? ?????? ???? ???? ??????. ??? ????????   ???? ???  ??? ?????? ???????? ??? ????? ??????? ???? ??? ?? ???? ?????? ?? ?????  ????? ????? ?? ??? ???? ?????? ? ???????? . ????? ??? ????? ???????? ???????  ??? ?????? ???????
 

Selanjutnya merupakan   contoh ulasan bernas daripada al-Syaukani.

??? ?????? ?????? ??? ???????  ??? ?? ??? ?????? ??? ???????? ????? ?? ??????
 ?????? ???? ??? ???? ???? ??????  ???? ???? ??? ???? ?? ???? ????? ?????? ??? ??? ??? ????? (?) ??? ???? ???? ????? ??? ???? ??????? ??? :  ?????? ??? ??? ???? ??? ????? ????  ?????? ?? ??? ???????? ???? ???? ??? ??? ???….?????? ??????? ???????? ?????? ?? ??????? ?????? ?????? ?? ??? ??????? ??? ???? ?? ???????? , ???? ?? ?? ???? ??? ??? ??? ??? ?? ???? ???? (?) ??????? ????? ??????? ??? ??? ?? ???? ???? ?? ???? ?????? ??? ????? ????? ?????? : ?? ??? ??? ?? ???? ?????? ??  ??? ???? ??? ??? ???? ????? ?? ??? ??? ?? ??? ???? ??? ???? ????? ?? ??? ??? ??? ????? ??? ??? ???  ?????? ???? ??? ???????? ???? ??????? ???????? ???? ??? ????? ???                                               ?? ??? ??????? ??? ??? ???? ?????? ?????.
 
 

6. Mengulas kaedah-kaedah istinbat.

Kaedah-kaedah usul dan qawaid al-Fiqhiyyah akan dikeluarkan  sebagai kesimpulan perbincangan dan syarahan terhadap hadith-hadith di dalam kitabnya.Al-Syaukani juga turut mengulas bagaimana hukum furu’ terbentuk sandarannya daripada pandangan ulama’ Usul Fiqh.
 

Antaranya seperti :

   ??? ????? ??? ????? ?????? , ?????? ????
??? ????? ??? ??????? ?????? ??? ??????
??? ?????? ?? ??? ??? ??????? ?? ??? ??????

Al-Syaukani telah membuktikan  bahawa beliau seorang tokoh hadith yang mendalami ilmu fiqh. Bukan itu sahaja kita melihat beliau seorang yang terbuka di dalam menerima pandangan dan pendapat. Kongsian pandangan daripada ulama dari multi mazhab menunjukkan keterbukaan beliau di dalam menerima pandangan.

 Kaedah-kaedah ini diselit oleh al-Syaukani setelah beliau membentangkan pandangan-pandangan mazhab. Ketika memberikan komentar terhadap pandangan tersebut ataupun menyatakan pandangan sendiri al-Syaukani akan memetik kaedah-kaedah ini sebagai pengukuh kepada hujah .
 
 
 
 
 

Kesimpulan Dan Saranan

Daripada pengamatan dan ulasan terhadap kitab Nail al-Authar ini , penulis mendapati banyak perkara menarik dapat dikutip daripada metode al-Syaukani yang perlu diberi perhatian.

1) Kitab Nail al-Authar ini mengandungi maklumat lengkap dan banyak  kesempurnaannya.Ia meliputi takhrij , maklumat perawi ataupun sanad , fiqh al-Hadith ,dan pandangan ulama mazhab .

2) Adanya keserasian dan hubungan yang intim di antara pengajian hadith dan bidang fiqh wa al-Usul.

3) Kitab ini sewajarnya menjadi rujukan utama pelajar Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith dan dimasukkan di dalam sukatan matapelajaran  penuntut di peringkat tinggi.

4) Kitab ini sewajarnya diterjemahkan oleh pelajar-pelajar jabatan untuk manfaat sendiri dan masyarakat.
 

Kembali