Bidang Kerjaya Aeroangkasa


Analitikal

Jurutera analitikal menggunakan kemahiran matematik dan fizik untuk menganalisa data yang telah dikumpulkan melalui ujikaji , contohnya apabila menganalisa ketegasan sesuatu bahan.

Komputasi Dinamik Bendalir

Jurutera KoDiB (C.F.D) menggunakan komputer yang canggih bagi menganalisa pergerakan bendalir tidak linear, contohnya seperti pergerakan udara mengelilingi permukaan pengangkat (lifting surface).

Analisa Kos

Jurutera penganalisa kos memberikan penganalisian berkenenaan dengan kos dan sumber semasa proses penyediaan tender ataupun semasa menentukan calon terbaik yang boleh dipilih untuk diberikan kontrak kerja.

Rekabentuk

Jurutera rekabentuk menggunakan idea dan fikiran yang kreatif dalam menentukan susunan atau fungsi komponen, merekabentuk rekaan yang dapat memenuhi keperluan yang telah tetapkan bagi mengatasi masalah masalah kejuruteraan. Contoh mudah ialah merekabentuk pesawat terbang.

Perkhidmatan pengguna

Perkhidmatan ini bertindak menyampaikan kepada penguna barangan industri berkenaan dengan maklumat senggaraan serta sebarang maklumat baru bagi menentukan pengguna dapat menggunakan barangan dengan baik dan sesuai. Sebarang perubahan dan keperluan semasa turut desampaikan. Kakitangan unit ini juga bekerjasama rapat denagn jurutera rekabentuk bagi membolehkan mutu dan kaedah rekabentuk sentiasa dipertingkatkan.

Ujian Penerbangan

Jurutera ujian penerbangan merancang ujian ujian penerbangan serta mengumpulkan data data dari ujian ujian ini bagi menganalisa kejayaan yang dicapai oleh pesawat dalam mencapai kehendak atau kriteria rekabentuk terdahulunya. Contohnya ialah dalam meningkatkan serta memastikan tahap prestasi pesawat yang baru dicipta didalam keadaan unggul sebelum dikeluarkan dalam kuantiti yang besar..

Pengurusan

Posisi pengurusan kebiasaannya diisi oleh kakitangan yang berpengalaman dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik. Pengurus di dalam bidang aeroangkasa seperti juga pengurus pengurus di dalam bidang bidang lain mengendalikan masalah berkaitan dengan kakitangan, membuat keputusan perniagaan serta aktiviti aktiviti teknikal yang lain.

Pengeluaran

Jurutera pengeluaran bersama dengan jurutera rekabentuk bekerjasama menentukan bahwa komponen boleh dikeluarkan dengan kos yang paling rendah. Jurutera pengeluaran juga memastikan bahwa komponen yang dikeluarkan menepati spesifikasi yang telah ditentukan. Contohnya adalah seperti pengeluaran sayap bagi pesawat terbang.

Pemasaran

Jurutera pemasaran bertindak untuk memastikan produk dapat dijual kepada pelangan baru, bertindak sebagai penghubung('liaison') kepada pelangan semasa dengan syarikat serta memastikanpelangan menerima produk yang bermutu tinggi. Jurutera pemasaran juga perlu bijak untuk mengenal-pasti permintaan baru dimasa hadapan bagi tujuan penjualan dan pembangunan produk yang berterusan.

Bahan dan pemerosesan

Jurutera bahan aeroangkasa menguji bahan bagi menentukan kualiti bahan. Contohnya ialah pengujian keluli rencam bagi mendapatkan kekuatan keterikannya.

Perisian sistem

Juruteran sistem merekabentuk perisian yang boleh digunakan didalam sistem aeroangkasa. Contoh mudah ialah merekabentuk sistem kawalan penerbangan elektronik.

Bidang berkaitan

Bidang bidang lain ini adalah termasuk dengan berbagai kerja kerja lain yang dilakukan didalam proses pengeluaran produk aeroangkasa. Ini termasuklah pekerjaan yang berkaitan dalam penentuan keboleh-harapan, keselenggaraan, ketahanan, serta keseluruhan perkhidmatan sokongan produk akhir yang dikeluarkan.

Fakta ini dialihbahasa dan diolah dari sumber asal "Fields In Aerospace" dari http://www.tjhsst.edu/~jleaf/pe/careers/aerospace/field.htm. Laman ini sudah tiada di Thomas Jefferson High School tetapi masih dikekalkan di'server' ini.


Kembali ke
Laman Jejaring Aznijar

Laman ini disenggarakan oleh aznijar.
Kemaskini terakhir: Rabu, 31-AUG-2005.