Kerjaya Aeroangkasa
Siapakah itu Jurutera aeroangkasa?
Mengikut definisi Institut Aeronautik dan Astronautik Amerika (AIAA),
jurutera aeroangkasa adalah merupakan seseorang jurutera yang terlibat didalam mana mana peringkat penyelidikan dan
pembangunan industri aeronautik dan juga astronautik.
Siapakah itu Jurutera
aeronautikal?
Jurutera aeronautikal terlibat dalam bidang penerbangan didalam rangkuman atmosfera bumi.
Siapakah itu Jurutera astronautikal?
Jurutera astronautikal terlibat
dalam bidang penerbangan diluar rangkuman atmosfera bumi.
Kumpulan kerja
Aeroangkasa?
Sebuah kumpulan kerja aeroangkasa terdiri dari gabungan jurutera, saintis serta juruteknik
aeroangkasa. Jurutera menggunakan pengetahuan dan kemahiran fakta gunaan bagi menyelesaikan masalah, para saintis
mengelolakan peraturan dan pengetahuan tambahan, yang seterusnya dapat digunakan oleh jurutera dalam proses
penyelesaian sebelumnya. Juruteknik yang kebiasaannya amat mahir mengendalikan mesin mesin serta peralatanan pula,
bertindak membantu kerja kerja jurutera dan saintis.
Apakah bidang bidang
yang berkaitan didalam kerjaya Aeroangkasa?
Terdapat perbagai bidang berbeza didalam kerjaya Aeroangkasa.
maklumat lanjut boleh didapati di link dibawah...
Bagaimanakah dengan keadaan
pekerjaan?
Kerjaya juruteraan aeroangkasa selalunya menyebabkan beban beban kerja yang lebih kurang sama dengan
pekerjaan pekerjaan kejuruteraan yang lain. Kebanyakan kerja dijalankan dipejabat, di'sites' dan/atau makmal
penyelidikan.
Apakah bidang matapelajaran yang perlu diambil bagi
menyediakan saya untuk kerjaya dibidang aeroangkasa?
Bagi memudahkan pemahaman dalam menceburi bidang berkaitan
dengan aeroangkasa, adalah lebih baik jika matapelajaran matapelajaran berkaitan dengan sains dan matematik diberikan
penekanan yang sewajarnya. Ini termasuklah matematik moden dan tambahan serta fizik. Kursus komunikasi seperti bahasa
inggeris juga tidak boleh diabaikan. Jurutera memerlukan pengetahuan asas fizik dan matematik bagi menyelesaikan masalah
kejuruteraan dan pengetahuan berkomunikasi adalah amat wajar bagi menyalurkan ilham ilham dan perancangan kejuruteraan
yang kompleks dalam bahasa yang mudah, terang, berkesan serta senang difahami.
Apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang Jurutera Aeroangkasa?
Kelayakan minima untuk menjadi seorang
jurutera aeroangkasa ialah ijazah sarjana muda, BA. atau BS. Kelayakan tambahan pasca siswazah seperti MS. dan Ph.D pula
boleh memberikan anda kelebihan tambahan apabila memohon pekerjaan. Bagi menjamin kerjaya yang baik, jurutera perlulah
sentiasa memastikan suatu pengajian berterusan. Ini dapat memastikan bahwa mereka sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan
kejuruteraan semasa, teknik terbaru, bahan bahan serta proses yang baru. Kesemuanya ini diperolehi dengan mengikuti
kursus kursus yang sentiasa ditawarkan oleh pusat pusat pengajian kejuruteraan seperti universiti serta persatuan /
institut Jurutera Berdaftar. Kebanyakan negara seperti Malaysia memastikan jurutera memperolehi sijil pendaftaran
sebelum berkhidmat. Lembaga Jurutera Malaysia adalah lembaga yang mengawal selia jurutera jurutera diMalaysia dan
pendaftaran jurutera professional pula dikendalikan melalui Institut Jurutera Malaysia.
Apakah jangkaan kerjaya dimasa hadapan?
Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan,
peluang pekerjaan bagi kesemua kerjaya termasuklah kejuruteraan aeroangkasa adalah kurang memuaskan. Syarikat syarikat
yang terlibat dalam industri aeroangkasa mengalami sedikit kesukaran dalam perniagaan dan ada yang terpaksa memendekkan
masa kerja, pengurangkan perbelanjaan penyelidikan malah sehingga terpaksa mengurangkan serta memberhentikan kakitangan.
Keadan ini bukan terhad kepada negara ini sahaja tetapi turut dirasai oleh negara maju seperti Amerika Syarikat.
Bagaimana pun peluang kerja baru sentiasa berulang ulang kerana lebih kurang 70% dari pekerjaan baru yang
ditawarkan oleh industri adalah disebabkan kekosongan akibat dari kakitangan yang bersara, atau kehilangan kakitangan
lama kerana bertukar kelokasi lain atau pun berhenti untuk menjawat jawatan lain. Majoriti peluang pekerjaan dibidang
aeroangkasa adalah menerusi proses ini.
Perebutan jawatan didalam industri ini juga meningkat kerana bertambahnya
bilangan pekerjaan dibidang aeroangkasa yang turut dipenuhi oleh meraka yang berkelayakan dalam bidang mekanikal,
elektrikal, kimia dan lain lain.
Bagaimana pun prospek masa depan adalah amat cerah terutama didalam bidang
penerbangan awam. Keperluan pengangkutan yang cepat, selesa dan selamat menjamin perkembangan industri pembuatan pesawat
terbang dan industri penerbangan awam. Permintaan dari benyak syarikat syarikat penerbangan awam serta orang orang awam
telah melihatkan satu pertambahan pengeluaran pasawat terbang oleh pengeluar pasawat terbang 'gergasi' seperti Boeing
serta Airbus serta pengeluar pesawat terbang kecil seperti IPTN diIndonesia serta Eagle Aircraft dan juga SME
diMalaysia.
Apakah saraan purata bagi kerjaya ini?
Maklumat saraan ini adalah berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat. Purata saraan tahunan permulaan bagi
jurutera berkelayakan bacelor dibidang bidang berkenaan adalah...
-
Aeroangkasa..........................$30,860
- Kimia...................................... 39,204
-
Awam..................................... 29,809
- Elektrikal................................. 34,840
- Industrial................................. 33,267
- Mekanikal............................... 35,051
- Metalurgikal............................ 33,429
- Perlombongan......................... 32,638
-
Nuklear................................... 33,603
- Petroleum................................ 38,286
Saraan tahunan awal bagi jurutera dengan kelayakan dibawah adalah ... -
BA/BS................................... $34,100
- MS.......................................... 40,200
- PH. D...................................... 55,300
dari sumber asal "Careers In Aerospace FAQ v1.0" dari http://www.tjhsst.edu/~jleaf/pe/careers/aerospace/faq.htm. Written by Eddie Bauer for Jeffrey
Leaf on 10/11/96. Laman ini sudah tiada di Thomas Jefferson High School tetapi masih dikekalkan di'server'
ini.
Kembali ke
Laman Jejaring Aznijar
Laman ini disenggarakan oleh aznijar.
Kemaskini terakhir: Rabu,
31-AUG-2005.