| Sejarah | Falsafah | Objektif | Perutusan GB | Lagu | G. K. Panitia | Staf Sekolah | Biodata GB |
| ADUN Serom | Bekas GB | L. Pengurus | PIBG | Enrolmen | UPSR | Kemudahan | Memori |
|
||||||||
|
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Nan Hwa ditubuhkan pada 7-7-1938. Sekolah ini adalah cantuman daripada dua buah sekolah iaitu Nan Koon dan Hwa Kiau. Dari kedua-dua sekolah ini maka terbitlah nama Nan Hwa. Hingga hari ini, sekolah ini dinamakan sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nan Hwa. (SJK(C) Nan Hwa) Pada ketika itu, sekumpulan penduduk yang mementingkan pendidikan telah menubuhkan Lembaga Pengurus Sekolah bagi menguruskan pentadbiran sekolah. Mareka melantik Encik Tee Sia Ping sebagai guru besar bagi mentadbirkan urusan sekolah. Pada tahun 1942, iaitu semasa Peperangan Dunia ke-2. sekolah ini terpaksa ditutup dan ia dibuka semula pada bulan Julai 1945. Seorang guru besar yang kedua iaitu Encik Ng Kim Seah telah dilantik bagi mentadbirkan urusan sekolah ketika itu. Bilangan murid ketika itu hanya seramai 76 orang disebabkan keadaan zaman Jepun yang kacau bilau. Pada tahun 1948, bilangan murid bertambah , terdapat seramai 127 orang murid. Pada tahun 1949, Encik Quek See Chiang telah dilantik sebagai guru besar mengantikan Encik Ng Kim Seah. Di bawah pentadbiran beliau, sekolah ini terus berkembang maju sehinggalah pada tahun 1952, sekolah ini mendapat sebahagian daripada bantuan kerajaan. Memandangkan sekolah ini kian lama kian maju dan bilangan murid terus bertambah dari masa ke semasa, maka Ahli Lembaga Pengurus sekolah telah berusaha dengan bersungguh-sengguh mendapatkan bantuan dan derma-derma daripada penduduk tempatan bagi membina bangunan sementara. Pada tahun 1952, bangunan yang diperlukan itu dapat didirikan di alamat sekarang. Bangunan baru ini membelanjarkan sebanyak Rm 24,000.00. Pada tahun 1956, bangunan baru ini dapat digunakan . Pada tahun 1958, sekolah ini diluluskan sebagai sekolah bantuan penuh. Pada tahun 1962, Kementerian Pendidikan telah memulakan pendidikan percuma, ini telah meringankan beban Lembaga Pengurus Sekolah dan ibubapa. Pada tahun 1970, kementerian Pendidikan telah mendirikan sebuah kantin dan sebuah bilik muzik. Murid-murid tua sekolah juga membina sebuah gelanggang bola keranjang pada tahun 1973. Mula tahun 1972 hingga 1985, sekolah ini telah menjadi johan berturut-turut sebanyak 10 kali dalam perlawanan bola keranjang peringkat MSSM bahagian sekolah rendah, iaitu tahun 1972, 1975, 1976, 1977, 1978, 1979, 1980, 1981, 1982 dan 1985. Peristiwa ini juga merupakan zaman kegemilang sekolah ini, kerana dengan memperolehi johan sebanyak 10 kali, maka menjadikan sekolah ini terkenal dalam seluruh negara maupun Singapura. Bilangan murid juga meningkat kemucak dengan melebihi 500 orang setiap tahun masa ketika. Pada tahun 1977, guru besar En. Quek See Chiang bersara. Tempat beliau diambil alih oleh En. Wong Khoon Chuan bagi menjalankan tugas sekolah ini. Pada 1hb. April 1978, tugas guru besar diambil alih oleh En. Sia Sung Hing. Pada awal tahun 1979, ahli Jawatan Jemaah Pengurus dan PIBG memikirkan bahawa bagunan yang sedia ada ini didapati sudah uzur dan kurang selamat. Maka dari kesedaran inilah Ahli Lembaga Jemaah Pengurus dan PIBG segera meminta batuan dari kerajaan untuk membina bangunan baru. Dari hubungan dan kerjasama yang erat , maka satu peruntukan bagi membina sebuah bangunan baru telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dengan melalui jasa baik Ahli Dewan Parlimen ketika itu Y.B. Alahyarham Dato Embong bin Yahya. Maka sekarang ini terbinalah bangunan baru tiga tingkat yang telah siap sepenuhnya pada Disember, 1991. Walaupun begitu, bilik darja tidaklah mencukupi bagi penggunaan, maka waktu pembelajaran dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu pagi dan petang. Memandangkan kepada keadaan demikian, pihak Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG sekolah telah mengikhtiar bagi mendapatkan bantuan dan dermaan bagi membina 5 buah bilik darjah tambahan. Pada tahun 1988, 5 buah bilik darjah itu dapat digunakan. Kesemua murid dapat belajar dalam sesi yang sama. Pada tahun 1992, En. Sia Sun Hing bersara, tempat beliau diambil alih oleh En. Chua Hwa Kiang sebagai pemangku guru besar sekolah ini. Pada tahun 1993, tugas guru besar telah diambil alih oleh En. Ng Beng Sing. Sekolah ini terus berkembang, banyak kemudahan-kemudahan asas dan tambahan juga disediakan dibawah bimbingan guru besar , Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG sekolah yang cekap. Pendidikan tadika bantuan penuh kerajaan telah dimulakan pada tahun 1991 dengan pengambilan 25 orang murid setiap tahun. Pada tahun 1 . 4. 1995, En. Ng Beng Seng dinaikkan pangkat, seorang guru besar perempuan yang pertama bernama Pn. Yeo Luck Moi dilantik sebagai guru besar besar sekolah ini. Seterusnya dengan permintaan orang ramai tempatan, sebuah dewan serbaguna telah siap dibina dalam bulan September 1996. Pada 1 . 2 . 1997, guru besar Pn. Yeo Luck Moi dinaikkan pangkat. En. Ng Choon Lai telah dilantik sebagai guru besar bagi mentadbirkan urusan sekolah sehingga sekarang. Projek-projek yang sedang dijalankan masa kini ialah memperluaskan padang sekolah dan melengkapkan bilik komputer. Dengan bantuan Y.B. Tn. Hj. Hashim B. Islmail, Ahli Parlimen Kawasan Ledang, pihak sekolah telah berjaya mendapat peruntukan untuk menyempurnakan sistem lalulintas sekolah. |
||
Copyright
(C) 1998 SJKC NAN HWA, BKT. KANGKAR, MUAR, JOHOR, MALAYSIA |
||