Soalan
Oleh: Maulana Mohammed Masood Azhar


Sebuah ceramah sedang diberikan dengan penuh kefasihan dan kelancaran.  Sangat bermutu dari segi kefasihan dan gaya bahasanya. Kesemua hadirin berdiri kaku, mendengar dengan penuh perhatian dan minat akan ucapan yang sedang diberikan.  Sesekali beliau akan membaca ayat-ayat dari al-Qur'an dengan suara yang merdu dan pada masa yang lain beliau akan mengharumkan majlis tersebut dengan keharuman Hadith-hadith Rasulullah SAW. 

Sesekali persoalan dalam ucapan tersebut menyentuh soal-soal siasah dan pada masa yang lain menyingkap pula zaman keemasan para sahabat. Pusi-puisi Urdu dan Farsi menghiasi kisah-kisah tersebut menjadikan ucapan tersebut tersangat menarik. Penceramah pula penuh dengan semangat.  Beliau menyentak hati-hati para pendengar. Beliau menyusun ucapannya dengan nahu dan tatabahasa yang indah, semudah dan seindah menatahkan butiran mutiara pada rantai-rantai. 

Jumlah para hadirin di majlis tersebut tidak terkira banyaknya.  Mereka kelihatan nun sehingga kejauhan seakan tidak putus-putus.  Para hadirin terpegun kaku, diam tidak bergerak. Apatah lagi berkata-kata atau menoleh. Masing-masing menumpukan perhatian ke atas pentas.  Sungguh berkesan apa yang disampaikan, terasa jiwa-jiwa mereka disentuh.  Sesekali laungan "Takbir! Allahu Akbar!" berkumandang memecah kesunyian.  Penceramah mengambil kesempatan untuk bernafas panjang, kemudian menyambung kembali. Ucapan beliau berterusan sedemikian.  Semua para hadirin mendoakan agar ucapan ini tidak berhenti, mendoakan penyampainya diberi kekuatan untuk terus berkata-kata. 

Tiba-tiba penceramah berhenti.  Para hadirin sedikit kecewa.  Tetapi suara beliau kembali kedengaran dan mereka kembali mendengar dengan penuh perhatian.  Hanya Allah yang mengetahui apakah doa yang dibacanya ketika berhenti tadi.  Ucapan beliau kini lebih menarik.  Topik telah bertukar kepada Islam yang syumul.  Beliau berkata dengan gaya beliau yang sungguh istimewa, 

"Para pendengar yang dihormati, saya mengumumkan dengan penuh keyakinan dan keimanan dan apa yang akan saya katakan ini lebih bermakna daripada cahaya-cahaya mentari. Agama Islam ini sempurna.  Untuk segala persoalan yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, Islam ada jawapannya.  Dunia mungkin berubah, sikap manusia mungkin berubah, tetapi agama kita ini mempunyai penyelesaian terhadap segala persoalan dalam segala zaman, segala keperluan, semua manusia dengan segala macam sikap. Samada kita ke langit mahupun ke perut bumi, kita pasti menemui panduan Islam.  Sesiapa yang masih sangsi dengan apa yang saya katakan ini, silakan bertanya selepas ini dalam sesi soal-jawab kita." 

Malam telah agak lewat tetapi keletihan mahupun kebosanan tidak kelihatan pada wajah sesiapapun.  Penceramah menghentikan ucapan beliau lantas mengumumkan bahawa sesiapa yang mahu balik dipersilakan dan membuka kepada para hadirin untuk apa-apa soalan.  Tiada siapa bergerak meninggalkan majlis. 

Seorang berdiri dan berkata, "Islam telah menggariskan hukum-hukum untuk orang yang sihat tetapi bagaimana pula dengan mereka yang sakit seperti saya yang sentiasa sakit.  Hidung saya sentiasa berdarah.  Hidung saya berdarah sepanjang hari.  Saya tidak dapat berwuduk dan menunaikan solat tanpa darah meleleh pada hidung saya.  Apa yang patut saya lakukan?  Saya malu untuk bersolat dalam keadaan yang tidak suci di hadapan Allah?  Maka saya tidak mampu bersolat.  Apakah pandangan Syariah dalam persoalan saya ini?" 

Dengan penuh yakin, penceramah berkata, "Saudara tidak sepatutnya berhenti dari bersolat.  Saudara harus berwuduk dan terus bersolat kerana perkara seperti ini dimaafkan.  Darah yang meleleh itu tidak membatalkan wuduk saudara." 

Seorang lelaki lagi berdiri lalu berkata, "Saya ingin bertanya tentang isteri saya dan haidnya tetapi saya selalu berasa malu dan tidak bertanya."  Penceramah berkata, "Kita tidak boleh malu dalam soal berkaitan dengan agama, malah tiada apa yang perlu dimalukan kerana Syariah kita telah menjelaskan dengan terperinci berkenaan dengan persoalan haid wanita."  Kemudian beliau menjawab persoalan tersebut dengan jelas. 

Sesi soal-jawab berterusan dan para hadirin sungguh berpuashati. Penceramah tersebut menjawab setiap soalan dengan jelas, penuh dengan kebijaksannan.  Para hadirin akur, beliau penceramah yang baik. 

Tiba-tiba sebatang tubuh berdiri di suatu sudut dalam perhimpunan yang besar itu.  Tubuhnya cengkung, tanda kekecewaan jelas terlukis pada wajahnya.  Pakaiannya juga koyak di sana-sini. Walaupun dalam keadaan yang daif dan kusut masai, dia kelihatan seperti seorang yang berpelajaran dan dari keluarga yang baik.  Usianya dalam lingkungan 20-30an. "Tuan, adalah tuan mempunyai jawapan untuk soalan saya juga?" Suaranya yang lantang menyentak hati-hati para hadirin. Penceramah tersebut merenung pemuda tersebut yang kelihatannya berair sedikit matanya.  "Sila majukan soalanmu anak muda.  Agama kita mempunyai penyelesaian ke atas segala kesusahan, Alhamdulillah.  Agama kita membantu setiap orang yang dalam kesusahan, menunjukkan jalan keluar dari segala mala-petaka.  Ayuh, jangan takut, ajukan soalanmu?" 

Pemuda tersebut, selepas menarik nafas panjang, berkata, "Saya patut memperkenalkan diri saya kepada anda semua mudah-mudahan lebih mudah anda memahami persoalan saya.  Saya datang dari lembah Kashmir yang indah.  Soalan saya bukan berkaitan kepada diri saya.  Hari ini, saya berdiri atas persoalan yang lebih penting. Bolehkah saya berkata barang sepatah dua?" 

Penceramah tersebut menjawab dengan suara yang girang, seakan memujuk, "Tentu sekali anak muda, kamu berhak lebih-lebih lagi kerana kamu sekarang adalah tetamu kami." 

Pemuda tersebut kelihatan bersedia, tetapi matanya bersinar dengan lapisan airmata. Katanya dengan suara yang lantang, "Maulana yang dihormati dan saudara-saudaraku dari Pakistan sekalian, jangan anggap saya seorang pengemis dari pakaian saya. Saya berdiri hanya untuk bertanyakan mengenai satu persoalan, persoalan yang berkenaan dengan diri saya dan juga anda semua. Saya pohon anda beri perhatian, sekiranya tidak, anda juga akan mengalami nasib yang sama tidak lama lagi. Jangan ingat bahawa kisah saya adalah dongengan, saya berkata benar. 

Wahai ulama! Kata-kata anda bahawa agama kita mempunyai jawapan dan penyelesaian ke atas segala persoalan menarik perhatian saya untuk mengajukan soalan ini. Sebelum saya tanyakan soalan yang utama, izinkan saya mendapatkan penjelasan tentang beberapa perkara.  Saya harap anda akan menjawabnya.  Soalan pertama saya, perkataan Jihad ada disebut di dalam al-Qur'an dan Hadith.  Apakah maknanya?" 

Penceramah tersebut terus menjawab, "Jihad berasal dari kata dasar Juhd yang bererti berusaha atau berjuang.  Apa sahaja yang dilakukan demi Islam adalah Jihad, samada menjawab soalan-soalan agama atau mengajar agama atau menulis sesuatu tentang persoalan yang penting ataupun memberikan ceramah, semuanya dianggap Jihad." 

Pemuda Kashmir tersebut berkata dengan lantang, "Tuan yang dihormati, saya tidak bertanya tentang makna Jihad dari segi bahasa ataupun dalam konteks kegunaannya seharian.  Saya bertanya tentang Jihad pada jalan Allah. Jihad yang juga disebut sebagai Qital (berperang).  Saya bertanya tentang Jihad yang menjadikan seseorang itu Mujahid. Soalan saya adalah tentang Jihad yang telah diumumkan di jaln-jalan di Madinah, para sahabat berperang, mara ke medan perang dengan senjata di tangan.  Saya bertanya tentang Jihad yang mana Rasulullah SAW diperintahkan agar menggalakkan orang-orang beriman kepadanya, yang diwajibkan di dalam al-Qur'an.  Maksud saya Jihad yang sesudahnya seseorang samada memperolehi Shahid, harta dan kemenangan. 

Saya bertanyakan tentang Jihad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam 241 bab yang mengandungi banyak hadith-hadith di bawah tajuk Jihad.  Jihad yang dinyatakan oleh Imam Muslim di dalam 100 bab, Imam Abu Daud telah menyatakan 11 bab tentang keutamaan dan kepentingan Jihad, Imam an-Nasa'i telah meriwayatkan 48 bab di dalam Nasa'i Sharif untuk membukti kepentingan Jihad ini dan Imam Ibni Majah telah meriwayatkan 46 bab di dalam Sunan Ibni Majah. 

Jihad yang dimaksudkan oleh para ulama hadith yang muktabar ini di dalam kitab-kitab mereka penuh dengan Senjata, Shahid, Kuda-kuda Perang, Panah Memanah, Strategi Perang, Pengintipan, Harta Rampasan Perang, Kelebihan-kelebihan Para Pejuang, Kelebihan-kelebihan Cedera di masa peperangan, Kelebihan-kelebihan Memanah. Segala yang mereka riwayatkan bukanlah di antara perkara-perkara yang boleh dikatakan sebagai berceramah atau menulis (seperti yang anda maksudkan Jihad). 

Saya bertanyakan tentang Jihad yang meninggikan maruah Islam.  Melaluinya manusia boleh membezakan di antara seorang Mukmin dan seorang Munafiq.  Melaluinya Umat Islam menggerunkan orang-orang kafir.  Melaluinya sistem Khalifaj Islam akan tertegak.  Saya bertanyakan tentang Jihad yang menhancurkan segala fitnah.  Saya bertanyakan tentang Jihad yang disertai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.  Jihad yang disertai oelh para malaikat dari langit dan di mana Hoorain (bidadari syurga) selalu disebutkan. 

Rasulullah SAW selalu menghantar konvoi-konvoi untuk Jihad ini.  Saya ingin tahu tentang Jihad ini, yang mana Rasulullah SAW sendiri telah mengambil bahagian sebanyak 27 kali dan telah menghantar pasukan tentera beberapa kali.  Jihad yang saya maksudkan adalah Jihad yang mana Kaab Ibni Malik RA telah dipulaukan oleh Rasulullah SAW kerana tidak ikut serta. 

Saya bertanya tentang Jihad yang membincangkan menjaga sempadan-sempadan, apabila kuda-kuda berlari dan yang diredhai Allah SWT, darah mengalir penuh keharuman.  Jihad yang mana, "orang beriman membeli syurga sebagai ganti kepada jiwa dan hartanya..." 

Pemuda Kashmir tersebut terus berkata-kata dengan lantang.  Para hadirin tenggelam dalam keinsafan.  Suara beliau bergema lagi.  "Tuan yang dihormati, soalan saya adalah berkenaan dengan Jihad yang mana sesebuah ummah menjadi hina apabila meninggalkannya. Jihad yang menjadi pembela agama ini serta tunjang-tunjangnya. 

Pemuda Kashmir tersebut berhenti di akhir kata-kata tersebut. Pandangan para hadirin tertumpu pula kepada penceramah yang sedang duduk dan menundukkan kepala beliau; kelihatan beliau seperti kebingungan.  Selepas kesepian yang agak panjang, beliau mengangkat pandangan lantas berkata, "Anak muda, kata-katamu benar sekali. Maksud sebenar Jihad adalah berperang pada jalan Allah.  Inilah maksud yang dipersetujui oleh para Fuqaha kita.  Orang-orang Kafir mesti didakwahkan kepada Islam, sekiranya mereka menolak dan tidak mahu membayar jizyah maka mereka seharusnya diperangi. Ini adalah salah satu daripada kategori-kategori Jihad. Peperangan adalah bahagian utama dalam maksud sebenar Jihad pada jalan Allah dan dalam erti kata yang sebenar, seorang Mujahid adalah seorang yang berperang di medan perang demi mempertahankan Islam. 

Saudaraku sekalian! Jihad adalah kewajipan di dalam Islam dan merupakan amalan yang paling mulia.  Seseorang yang gugur dalam perjuangan ini digelar Shahid manakala yang pulang dengan selamat digelar Ghazi.  Jihad adalah satu-satunya jalan mengangkat martabat dan kehebatan Islam.  Jihad yang sebenar adalah untuk keluar dengan senjata ke medan perang demi menghancurkan musuh-musuh Islam.  Sekiranya debu-debu menyentuh seseorang yang berjihad maka haram api neraka baginya. 

Wahai anak muda, kenyataanmu tentang para ulama Hadith yang menggariskan Jihad sebagai berperang pada jalan Allah juga benar."  Seluruh perhimpunan tersebut ditenggelami pemikiran yang dalam dan keinsafan apabila mendengar kata-kata ini daripada mulut penceramah tersebut sendiri.  Inilah kali pertama mereka mendengar bahawa menentang musuh-musuh Islam adalah kewajipan dan merupakan ibadah. 

Pemuda Kashmir tersebut kelihatan berpuashati.  Kata beliau, "Wahai penceramah yang dihormati, saya sungguh berterima kasih pada tuan kerana menjelaskan maksud Jihad yang telah difahami oleh generasi awal kita.  Yang telah ditulis dan dibuktikan dengan tindak-tanduk mereka. Soalan saya yang kedua, apakah pandangan Syariah terhadap Jihad?  Adakah ianya fardhu, wajib, sunnat ataupun harus?  Adakah Jihad satu ibadah yang penting ataupun tidak?" 
 
Penceramah menjawab, "Terdapat 2 jenis Jihad, Jihad mempertahankan diri dan Jihad menegakkan Islam.  Jihad menegakkan Islam adalah di mana umat Islam mesti mengajak orang-orang kafir kepada Islam.  Sekiranya mereka enggan, maka mereka mesti membayar Jizyah.  Sekiranya mereka menolak akan pembayaran Jizyah ini maka mereka mesti diperangi.  (Walaupun kelihatan seolah-olah Islam itu 'sukakan' peperangan, perlu diingat bahawa Islam itu adalah menyucikan pengabdian kepada Allah dan kewajipan kita mengajak semua manusia kepada Tauhid ini.  Lantas sekiranya kita disekat dari menyempurnakan tugas murni bagi menyelamatkan manusia dari mensyirikkan Allah dengan pengabdian kepada sesama makhluk maka wajib mereka yang menyekat ini diperangi.  Pada masa yang sama kita perlu jelas bahawa kita tidak memerangi mereka kerana mereka tidak mahu memeluk Islam kerana tidak ada paksaan dalam menjadi Islam.  Mereka diperangi kerana menghalang kita menyampaikan kebenaran Islam kepada hamba-hamba Allah di tempat mereka - ed.).  Jihad dari jenis ini adalah merupakan Fardhu Kifayah - sekiranya segolongan dari ummah ini menunaikannya maka telah memadai bagi pihak seluruh umat Islam. 

Jihad yang kedua ialah Jihad mempertahankan diri.  Sekiranya orang-orang kafir menyerang sebuah negara Islam maka Jihad ini menjadi Fardhu-'Ain ke atas para penduduk negara tersebut.  Sekiranya umat Islam di negara tersebut tidak mampu mempertahankan negara mereka maka jatuh pula kefardhuannya pada negara di sebelahnya dan sekiranya masih tidak mampu maka negara yang kemudiannya pula.  Ini berterusan hingga umat Islam berjaya mengalahkan pihak kafir itu atau sehinggalah seluruh umat Islam di dunia ini difardhukan Jihad ke atasnya. Maksud Fardhu-'Ain adalah wajib ke atas setiap orang.  Jihad yang menjadi fardhu-'Ain ini bermakna tidak perlu lagi mendapatkan kebenaran daripada ibubapa atau sesiapa. Jihad menjadi Fardhu-'Ain apabila orang-prang kafir menyerang bumi umat Islam ataupun bila mereka menghalang umat Islam daripada berdakwah ataupun apabila mereka menangkap orang-orang Islam ataupun apabila seorang Islam bersemuka dengan orang-prang kafir di medan perang. Jihad menjadi Fardhu-'Ain dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan di atas.  Hukum tentang Fardhu-'Ain ini adalah sesiapa yang meninggalkkannya adalah Fasiq (berdosa besar)." 

Pemuda Kashmir tersebut berkata lagi, "Wahai penceramah yang dihormati, satu soalan dari saya lagi, apakah berperang pada jalan Allah hanya pada zaman dan era Rasulullah SAW ataupun adakah Jihad ini satu kewajipan pada semua umat Islam sepanjang zaman sehingga hari kiamat?  Saya juga mohon tuan menjelaskan samada pertolongan Allah ke atas para Mujahid adalah untuk selama-lamanya ataupun hanya pada zaman tertentu sahaja.  JBegitu juga ayat-ayat al-Qur'an seperti, "Sekiranya kamu tidak mara berjihad maka Dia akan menyiksa kamu dengan siksa yang pedih." dan Hadith-hadith seperti, "Apabila kamu meninggalkan Jihad, kamu akan dihina." Apakah kenyataan-kenyataan di atas bagi zaman tertentu atau untuk selama-lamanya?" 

 (Bersambung) 

 


10/05/98 Abu Aqeedah 
Mati Hanya Sekali, Jadikannya Pada Jalan Allah