











|
|
------------------------------------
Everest.. Kita telah kibarkan
bendera kita puncak dunia!
---------------------------------------------
Pendaki Malaysia Yang Pertama Menaiki Gunung Everest
Laungan Malaysia Boleh sekali lagi telah tercapai! Pendaki-pendaki
malaysia yang pertama menaiki gunung Everest, M. Magendran dan N Mohanadas telah berjaya
menjejakkan kaki serta memacakkan Jalur Gemilang di puncak gunung Everest (puncak gunung
tertinggi di dunia stinggi 8488 meter)tepat jam 2.15 petang waktu Malaysia, pada 23 Mei 1997. Peristiwa itu disiar secara langsung di kaca tv dengan menggunakan kaedah
yang berteknologi!
Projek Malaysia-Everest 1997 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad pada 4 Jun 1996 dengan kos sebanyak 4.5 juta.Pasukan pandaki yang
dihantar Malaysia terdiri daripada 10 orang pendaki yang terpilih dan telah menjalani
pelbagai latihan fizikal dan mental di dalam dan diluar negara sebelum bertolak ke
Everest.
Kejayaan ini membuktikan bahawa
kita rakyat Malaysia tiada bezanya dengan rakyat dari negara lain terutamanya dari
negara-negara maju. Kita boleh buat apa sahaja orang lain boleh buat. Gunakan kejayaan ini
sebagai motto perjuangan kita dalam apa sahaja bidang terutama dalam menghadapi alaf baru
ini.
16 penerjun Malaysia
bersama Proton Wira berjaya menjejakkan kaki di Kutub Utara
16
penerjun Malaysia berjaya menjejakkan kaki di Kutub Utara yang merupakan kawasan paling
sejuk di dunia pada awal pagi 21 April 1998. Ini menjadikan Malaysia negara Asia pertama
berjaya tiba di Kutub Utara
Lebih
menakjubkan lagi sebuah kereta proton wira 1.5 turut menyertai penerjunan
tersebut.Manakala Nordziah Mohd Nor yang merupakan salah seorang penerjun negara telah
mencipta nama sebagai wanita pertama Asia melakukan penerjunan bebas tersebut.
Berikut
adalah nama penerjun negara yang telah mengharumkan nama negara
Abdul Rahim Dahlan , Ramli Mat Idin , Mohd Shamsul Mohamed Amin , Nordziah Mohd Noh ,
Mejar Amran Abdul Rashid , Mejar Kamarudin Abdullah , Kapt(B) Mohd Norizan Mohd Yunos ,
Kapt(B) Abdul Rahmad Omar Tun Mohd Haniff , Lt(B) A Aziz Ahmad , Lt Ahmed Ab RAhman , Lt
Ahmad Ramli Kadir , Sjn Mohd Hazamuzakar Mohd Hatim , Sjn Maznan Mat Isa , Kpl Ramli Alias
, LUK Sulaiman Alwee dan BM PPL (PKL) Mohd Idros Mohd Yusop .

Kejayaan
Azhar Mansur Mengelilingi Dunia Secara Solo
Sepuluh tahun adalah satu tempoh yang panjang berbanding daripada 190
hari yang dilalui di lautan bagi menamatkan pelayaran dari Timur ke Barat sebagai memenuhi
hajatnya mengelilingi dunia secara solo.
Tetapi bagi Datuk Azhar Mansor, 41 , tempoh itu adalah yang memberi satu
keperibadian yang jitu untuk melalui cabaran belayar mengelilingi dunia.Begitulah Datuk
Azhar Mansor yang amencatat sejarah mengelilingi dunia secara solo.Beliau telah menaiki
kapal layar yang dibina khas iaitu Jalur Gemilang untuk mengeliling dunia.Beliau telah
melintasi garisan penamat di Pulau Langkawi untuk mencatatkan legenda pelayaran secara
solo mengelilingi dunia sejauh 25,000 batu nautika dalam masa 190 hari.
Demi
cita-cita, Azhar meninggalkan keluarganya. Beilau seorang yang tabah dan berani menempuhi segala dugaan. Kejayaan
Azhar ini dianggap satu pencapaian rakyat Malaysia secara umumnya kerana ia membabitkan
penyertaan banyak pihak seperti kerajaan, sektor swasta selaku penaja serta sokongan padu
rakyat pelbagai kaum. Ia juga membuktikan semangat 'Malaysia Boleh!'
Bagi menamatkan pelayaran ini, Azhar telah menempuh lima lautan,
empat benua serta lima tanjung paling selatan bagi memenuhi syarat Majlis Rekod Kelajuan
Pelayaran Sedunia (WSSRC). Insiden paling buruk yang dialami Azhar ialah sewaktu tiang
utama JG patah tiga dalam kejadian ribut di Lautan Selatan pada 12 April lalu, memaksa
kapal itu berlabuh di Kepulauan Falkland untuk dibaik-pulih. Perjuangannya ini dapat
memberi inspirasi kepada generasi muda untuk berani mengejar impian dan maju dalam apa jua
bidang yang mereka ceburi.
|