Syarat Asas Pemberian Sijil SPM

 

1.      Mesti lulus sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran dan dua daripadanya dengan

kepujian.

 

2.      Pangkat Satu

 

2.1           Sekurang-kurangnya  kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

2.2           Kepujian dalam 5 mata pelajaran lain.

2.3           Agregat untuk 6 matapelajaran tidak melebihi 24.

2.4           Pengiraan agregat didasarkan kepada 6 mata pelajaran terbaik termasuk Bahasa Melayu, dua mata pelajaran elektif dan tiga lagi yang terbaik  daripada  mana-mana kumpulan.

 

3.      Pangkat Dua

 

3.1              Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu.

3.2              Sekurang-kurangnya  kepujian dalam 4 mata pelajaran.

3.3              Lulus sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran.

3.4              Agregat tidak melebihi 34, yang dikira daripada 6 mata pelajaran terbaik

termasuk Bahasa Melayu, dua mata pelajaran elektif dan 3 lagi yang terbaik danpada mana-mana kumpulan.

 

4.   Pangkat Tiga

 

4.1              Lulus Bahasa Melayu

4.2              Lulus 6 mata pelajaran dan 2 daripadanya mestilah kepujian.

4.3              Agregat tidak melebihi 44, yang dikira daripada 6 mata pelajaran terbaik

termasuk Bahasa Melayu, dua mata pelajaran elektif dan 3 lagi yang terbaik daripada mana-mana kumpulan.

1.                  Calon layak mendapat Sijil bagi Peperiksaan SPM dengan syarat sekurang-kurangnya lulus Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

 

Pengiraan agregat boleh membabitkan kumpulan mata pelajaran di luar KBSM seperti Kesusasteraan Cina, Kesusasteraan Tamil.