|
ASSALAMMUALAIKUM...
Nama saya Khairool Idlan empunya website ini.
Saya mempunyai pengalaman di dalam bidang pembikinan album dan
karaoke(‘studiowork’).
Nama saya tidaklah se ‘gah’ pemuzik-pemuzik terkenal,
komposer-komposer terkenal atau penyanyi-penyanyi terkenal yang
lain kerana saya bekerja di belakang tabir dan tidak terdedah
pada ‘publicity’.
Pada tahun 1984-1989 saya seorang penyanyi dan mempunyai 6
album iaitu 3 album solo dan 3 album group. Album solo pertama
saya ‘Apakah Kau Begitu Jua’ lagu hit Menyamar-1983,
Resepi Cinta-1985 keluaran Warnada Rec, 3 album group
'Solid Gold', lagu-lagu saduran (Hello, Knife,
Beat it, Cassablanca-1984/95) keluaran Warnada Rec,
dan ‘Aku Bagai Pelabuhan-1986’ keluaran Guntur Rec.
Penerbit album saya Afzainizam Ismail & Roslan Imam.
Afzainizam Ismail merupakan abang sulung saya. Album terakhir
saya yg bertajuk ‘Kemungkinan’ lagu hit Aku Yang Kau
Panggil Sayang dicipta oleh beliau dan lirik ditulis oleh
isteri beliau Nor Azimah keluaran NSR Rec-1989.
Walaubagaimanapun rezeki saya dalam bidang nyanyian kurang
menyerlah, dibandingkan dengan artis -artis seangkatan saya
seperti Rahim Maaruf, Ramlah Ram, Razis Ismail,
Salwa Abd Rahman, Juliza Adlizan (Juara Bintang RTM) dan ramai
lagi.. .....
Selain daripada menyanyi, saya boleh juga bermain alat-alat
muzik, mencipta lagu, menulis lirik dan sekarang bekerja sebagai
‘music programmer’ (sepenuh masa).Lagu-lagu saya pernah
dinyanyikan oleh Ben Nathan, Eddy Hamid, Oja,
Ally Noor & Mastura, Zamree (Tugu Cinta), Didi Jamil, Zaidin
(pencipta lagu kumpulan Alleycats), Kumpulan Rock Kejora,
Kumpulan BNW
dll. Saya juga pernah menerbitkan album anak saudara saya,
Oja sebanyak 2 album iaitu Anak Jalanan 1992 dan
Anak Kota 1993 dan lain-lain artis yang saya terlupa
namanya.
Mungkin rezeki saya lebih menyerlah sebagai programmer &
pemuzik. Sekarang saya bekerja membuat lagu-lagu karaoke untuk
syarikat MSO dan SERASI. Saya juga pernah
membuat muzik karaoke dengan syarikat-syarikat lain seperti
(Suria Record) SRC, Audio One, MSO, Varia Music,
Serasi dan Music Valley.
Apa yang saya amati dari pengalaman saya, kadang-kadang
syarikat-syarikat yang membuat lagu karaoke tidak dapat memenuhi
selera atau permintaan sesetengah peminat karaoke. Ini adalah
kerana lagu-lagu yang anda gemari (lagu yang tidak begitu
popular), lagu yang anda suka nyanyikan ataupun lagu yang tiada
di pasaran lagi (lagu lama) tidak dibuat karaoke oleh
syarikat-syarikat berkenaan. Di sinilah timbulnya idea untuk
membuka website ini dan dapatlah saya memenuhi koleksi
lagu-lagu karaoke kegemaran anda nanti, insyaAllah. Dari tahun
1993 sehingga kini, hampir 15 tahun saya menjadi midi
programmer (karaoke) oleh itu, saya mempunyai lagu-lagu melebihi
1000 buah lagu kesemuanya di dalam simpanan. Dalam waktu
yang singkat, saya merangkak-rangkak membuat website ini
sendirian sambil menyahut seruan kerajaan tentang penggunaan IT
secara meluas dalam semua bidang. Dengan sorakan bersemangat
Malaysia Boleh saya membuka website 'Midi Programming'
ini sambil berkongsi dengan anda yang gemar menyanyi karaoke
atau yang memerlukan muzik dalam bentuk format audio cd, mp3 dan
midi file. Semoga anda dapat berhibur dengan lagu-lagu kegemaran
anda.
Sekian terima kasih.
Khairool Idlan Ismail
Email:
khairool_idlan@yahoo.com
Email:
khairool@hotmail.com
|