P3 : 01
Petua : Membentuk , Menghitamkan  serta  Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.
Pengirim : Nur Mirza
  P3 : 02
Petua : Memudahkan segala Urusan
Diambil dari ayat 8 surah Yaasin. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu @ dibaca tidak kira apa jua niat anda. Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda. contohnya:Interview , baca ketika hendak masuk jumpa sipenemuduga. Baca dengan niat yang ikhlas.
Pengirim : Hamba Allah
  P3 : 03
Petua : Kulit  Sehat  dan  Cantik
Kulit sihat dan cantik idaman semua orang.Caranya mudah saja.ikuti tips ini.Berselawat dan minum air suam atau mineral selalu.Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan.Buah-buahan juga boleh dijadikan penyegar misalnya tomato dan betik yang masak gosokkan ke kulit muka dan biarkan selama lebih kurang 15 minit dan bilas.Insyaalah kulit anda akan sihat dan cantik jika diamalkan selalu.Hindari juga suasana stress Selamat mencuba.
Pengirim : Ainyasmin
  P3 : 04
Petua : Solekan  Tahan  Lama
Petua ini sesuai untuk,Saudari-saudari yang perlu menghadiri majlis-majlis tertentu yang,agak jauh atau agak lama.Caranya selepas anda mandi,ambil beberapa ketul ais dan dilumur di seluruh wajah.Kalau boleh,biarkan ais di wajah dlm.15 minit.Setelah ais kering,bolehlah anda bersolek seperti biasa.Anda akan dapati solekan anda lebih tahan lama,kulit wajah nampak halus dan mekap kelihatan berseri..Selamat mencuba....
Pengirim : Adyzza72
  P3 : 05
Petua : Tajamkan  Penglihatan
AMALKAN HIDUP ANDA DENGAN MEMINUM AIR SUAM SETIAP HARI,MANDI PADA WAKTU SUBUH IAITU SEWAKTU BANGUN TIDUR DENGAN DI SIRAMI AIR DARI HUJUNG KAKI HINGGA KEPALA,MAKAN LAH BUAH-BUAHAN SEPERTI EPAL , ANGGUR DAN LOBAK PUTIH,BANYAKKAN MELIHAT PEMANDANGAN YANG JAUH DAN SERBA HIJAU SEPERTI POKOK,DAN MENGHADAPLAH KE KIBLAT SELALU.
Pengirim : Abd. Hamed.A
  P3 : 06
Petua : Cara Cepat  Menghafal
Asalammualaikum , Ramai diantara kita hari ini mempunyai masalah menghafal.Mungkin dengan petua-petua berikut dapat membantu kita menghafal sesuatu perkara cepat dan berkekalan.
1.Baca berulang-ulang kali apa yang hendak dihafal.( Seelok-eloknya ulang hingga 100 kali )
2.Fahamkan apa yang hendak dihafal.
3.Amalkan perkara yang hendak dihafal.
Pengirim : Irda
  P3 : 07
Petua : Menghilangkan  Botak
Caranya ialah cari buah keras di kedai mamak, kemudian bakar dan tumbuk. Kemudian dicampurkan dengan minyak zaitun. Cara menggunakannya....sapukan ditempat yang tiada rambut serta diurut-urutkan di tempat tersebut. Lakukan selama 2 minggu berturut-turut, sapukan di sebelah pagi dan malam. Insyaallah anda akan berpuashati dengan hasilnya selamat mencuba.....
Pengirim : Mad
  P3 : 08
Petua : Menghilangkan  Tahi  Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!....
Pengirim : Cik. Aida RTM Grafik
  P3 : 09
Petua : Menghilangkan  Parut  Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
Pengirim : Cik. Ida
  P3 : 10
Petua : Mengilatkan  Kuku
Ambil Bata dan asahkan sehingga keluar abuk-abuknya, kemudian abuk tersebut digesirkan ke atas kuku sehingga kelihatan berkilat sedikit. Kemudian basuh dengan air suam. Lakukan setiap 2 hari berturut-turut untuk kelihatan lebih berkesan. Anda akan mendapat hasil pengilatan kuku yang baik.
Pengirim : Cik. Azza
  P3 : 11
Petua : Menyerikan  Wajah
Assalammualaikum... jika anda ingin kelihatan berseri-seri sepanjang hari ..amalkanlah petua ini ambil air basuhan beras yang pertama .. basuh muka anda sebelum masuk tidur..tunggu selama 15 minit.. baru cuci dengan airsuam.. jadi cubalah petua ini anda akan tahu hasilnya sendiri.
Pengirim : Cik. Thasa
  P3 : 12
Petua : Menghilangkan  Bulu  diatas  Bibir
Semua perempuan pasti menghadapi masalah ini dan banyak juga yang berasa sangat malu dan tidak berkeyakinan diri bila bulu di atas bibir ini terlalu lebat kan. Jangan risau, cubalah petua yang saya beri ini insyaAllah berkesan kerana saya sendiri telah mencubanya dan ternyata berkesan dan kulit kelihatan lebih menarik. Caranya :Perah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir. selamat mencuba.
Pengirim : Puan Ainie
  P3 : 13
Petua :  Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda,lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka.Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama.Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ).Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.
Pengirim : En. Zacaria
  P3 : 14
Petua : Anak Kencing Malam
Mengelak anak yang selalu kencing malam.. petuanya begini ..ambil pucuk daun inai beberapa helai.. selepas itu cuci bersih-bersih lalu rebus dengan dua gelas air... kemudian tunggu, hingga air rebusan menjadi segelas saja. amalkan setiap malam. insy-Allah akan mujarab.
Pengirim : Cik. Thasa