KEHIDUPAN DI KAWASAN GURUN

UMUM

  1. Gurun ialah kawasan yang rata, gondol, gersang, tandus, berpasir dan berbatu.
  2. Terletak di antara garisan lintang 15o-30oS.
  3. Kedudukannya jauh daripada lautan.
  4. Angin laut yang bertiup dari laut hilang kelembapannya bila sampai di pedalaman benua.
  5. Hampir tiada tumbuhan kerana terlalu kering.
  6. Ada 2 jenis gurun, iaitu :
  1. Gurun panas
  2. Gurun hawa sederhana

       7.    Ada 12 buah gurun utama di dunia :

  1. Gurun Sahara di Afrika – terpanas dan terbesar di dunia
  2. Gurun Arab di Arab Saudi
  3. Gurun Iran di Iran
  4. Gurun Kalahari di Afrika
  5. Gurun Namib di Afrika
  6. Gurun Besar Australia
  7. Gurun Atacama di Amerika Selatan – paling kering di dunia, hujan kurang 125mm
  8. Gurun Mohave di Amerika Utara
  9. Gurun Gobi di Mongolia
  10. Gurun Patagonia
  11. Gurun Thar
  12. Gurun Turkestan

IKLIM GURUN

  1. Iklim panas dan kering sepanjang.
  2. Suhu siang sangat tinggi (35oC-40oC) kerana langit tak berawan.
  3. Suhu malam sangat sejuk (10 oC-16 oC).
  4. Julat suhu harian sangat besari kira-kira 23 oC.
  5. Jumlah hujan terlalu kurang (kurang drp 250 mm) turun sekali-sekala dalam beberapa bulan kerana angin yang lalu kering.
  6. Selalu berlaku ribut pasir.

TUMBUHAN SEMULAJADI

  1. Tumbuhan jarang kerana iklim panas dan kering.
  2. Tumbuhan semula jadi – kaktus, rumput dawai, semak samun berduri dan rumput kasar.
  • Kebanyakan kawasan ditumbuhi oleh pokok kaktus yang berbatang lendair (dapat simpan air dan kulit tebal untuk halang air daripada tersejat.
  • Rumput kasar yang berakar panjang untuk serap air jauh di bawah.
  • Pokok akasia bantut dan palma yang batangnya berkulit tebal.
  • Tumbuhan yang berkulit benih yang tebal, tahan kemarau dan tumbuh bila ada hujan.
  1. Cara penyesuaian dengan iklim :
  1. Akar panjang mencari air dalam tanah.
  2. Tumbuhan tidak berdaun tapi berduri.
  3. Berdaun kecil, berlilin atau berbulu kurangkan perpeluhan.
  4. Batang berbendalir besar dan besar untuk menyimpan air.

OASIS

  1. Oasis – kawasan sumber air di gurun.
  2. Aras air bawah tanah hampir sama permukaan bumi.
  3. Penduduk sekitar oasis dapat menjalankan pertanian – tanaman kurma (paling utama), sayur-sayuran, buah-buahan, barli dan jagung.
  4. Di oasis rumah dibuat daripada batu dan tanah liat.
  5. Bumbung rata untuk menakung air hujan dan mengeringkan barang.
  6. Ribut pasir atau simoon berlaku di kawasan gurun.
  7. Tembok dibina di keliling oasis untuk melindungi kawasan pertanian dari ditimbus pasir.

CARA HIDUP PENDUDUK

  1. Didiami oleh puak-puak yang tertentu yang hidup dengan pindah ternak dan mengumpul makanan.
  2. Pertanian hanya bertumpu di kawasan oasis - dengan tanaman utamanya kurma.
  3. Pertanian tetap dijalankan dengan bantuan pengairan, terusan atau telaga seperti yang dijalankan di
  • Lembah Nil (Mesir)
  • Lembah Tigris-Eupharates (Iraq)
  • Lembah Indus (Pakistan)
  1. Perlombongan yang dijalankan :
  • Petroleum - Gurun Sahara dan Gurun Arab
  • Tembaga dan Nitrat - Gurun Atacama
  • Emas, perak dan plumbum - Gurun Besar Australia
  1. Ada 2 jenis petempatan :
  1. petempatan sementara - bina khemah dan mengembara bersama binatang ternakan untuk cari air dan padang rumput.
  2. Petempatan kekal - bina rumah drp tanah liat, berdinding tebal dan berbumbung rata yang boleh menakung air hujan.

Kehidupan orang Badwi

  1. Orang Badwi gemala nomad di Gurun Arab dan bahagian timur gurun Sahara.
  2. Badwi bererti pengembara.
  3. Mereka menternak unta, kambing biri-biri dan kuda.
  4. Binatang membekalkan minuman dan makanan seperti susu dan daging.
  5. Kulit binatang dibuat pakaian, kasut dan bekas menyimpan air.
  6. Unta binatang sangat penting digelar ‘kapal gurun’, yang dapat membawa beban dan berjalan beberapa hari tanpa makanan dan minuman.
  7. Orang badwi berpin dalam kumpulan dari satu kawasan ke kawasan lain untuk mencari rumput bagi ternakan mereka.
  8. Mereka tinggal dalam khemah yang diperbuat daripada kulit binatang.
  9. Mereka menjalankan perniagaan dengan saudagar yang dipanggil kafilah.
  10. Kafilah mengembara dalam kumpulan untuk berniaga.
  11. Kini ramai orang badwi menetap di oasis.

Kehidupan kaum lain di gurun

  1. Orang Bushmen tinggal di gurun Kalahari memburu binatang.
  2. Orang Hottentot mengembara sambil menternak binatang di gurun kalahari.
  3. Orang Bindibu di gurun besar Australia memburu binatang.

Puak/kaum

Kawasan

Kegiatan

  Badwi

Gurun Sahara
Gurun Arab

Gembala nomad yang menternak binatang

  Kafilah

Gurun Sahara

Saudagar yang mengembara dan menjual barangan kepada penduduk di gurun

  Bushmen

Gurun Kalahari

Memburu binatang dan mengumpul makanan

  Bindibu

Gurun Besar Australia

Memburu binatang