MENTAFSIR PETA, JADUAL, GRAF DAN GAMBARAJAH

CARA-CARA PEMERHATIAN

  1. Pemerhatian penting apabila kita hendak membuat kajian tentang sesuatu ciri geografi.
  2. Pemerhatian boleh dijelaskan melalui :
  1. Lawatan ke tempat yang hendak dikaji
  2. Peta
  3. Gambar foto
  4. Graf
  5. Jadual
  1. Semua maklumat yang telah diperhatikan itu direkod dan disusun kemas untuk tujuan penyediaan laporan seterusnya.
  2. Maklumat yang telah diperhatikan itu boleh direkodkan dalam bentuk
  1. Lukisan
  2. Peta
  3. Jadual
  4. Graf

MENYUSUN DAN MENTAFSIR PETA DALAM BENTUK GRAF

  1. Ada dua jenis graf iaitu graf palang dan graf garisan.
  2. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, maklumat yang diperolehi disusun dalam bentuk data dan jadual supaya mudah dibaca dan difahami.

Cara pelajar datang ke sekolah

Jumlah pelajar

   Bas

10

   Basikal

8

   Motosikal

6

   Berjalan kaki

8

   Kereta

2

   Jumlah

34

Jadual : Cara pelajar datang ke sekolah

Graf Palang

  1. Cara melukis graf palang (berdasarkan jadual)
  1. Lukiskan satu paksi menegak (y) dan satu paksi melintang (x) seperti bentuk L.
  2. Labelkan garisan menegak sebagai bilangan pelajar dan paksi melintang sebagai cara pelajar datang ke sekolah.
  3. Lukiskan palang-palang untuk menunjukkan bilangan pelajar yang datang ke sekolah dengan cara-cara yang tertentu.
  4. Lorekkan atau warnakan graf palang yang telah dihasilkan.
  5. Berikan tajuk yang sesuai bagi graf yang telah dibina.

 

Graf Garisan

  1. Graf garisan sesuai digunakan untuk menunjukkan perubahan-perubahan yang berterusan seperti perubahan suhu dan perubahan harga.
  2. Data dan maklumat dalam bentuk jadual boleh ditukar ke dalam bentuk graf.
  3. Cara melukis graf garisan :
  1. Lukiskan garisan melintang dan garisan menegak seperti bentuk L.
  2. Labelkan garisan menegak sebagai jumlah suhu (oC) dan paksi melintang sebagai bulan.
  3. Tentukan skala yang sesuai contohnya 1cm bagi mwakili 2oC dan 1cm bagi paksi melintang untuk setiap bulan.
  4. Dalam graf tandakan x di tempat yang sesuai berdasarkan jadual (titik persilangan garisan bulan dengan jumlah suhunya).
  5. Lengkapkan graf dengan tajuk yang sesuai.
wpe1.jpg (14752 bytes)

Graf garisan : Jumlah suhu di bandar Kemboja

MENTAFSIR GAMBARAJAH

wpe4.jpg (15844 bytes)

 

  1. Rajah di atas menunjukkan terdapat empat jenis pencemaran iaitu pencemaran air, udara, bunyi dan alam sekitar.
  2. Pencemaran air disebabkan oleh pembuangan sisa kilang dan sampah sarap serta pengaliran air yang mengandungi racun serangga dan baja kimia ke sungai, tasik dan laut yang berhampiran.
  3. Pencemaran udara pula disebabkan oleh gas dan asap beracun dari kilang dan eksos kenderaan.
  4. Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembuangan sampah sarap dari rumah, kedai dan pasar, serta gas dan asap dari kilang ke merata-rata tempat.
  5. Pencemaran bunyi pula disebabkan oleh bunyi kuat dari kenderaan dan alat-alat elektronik seperti radio dan televisyen.