KELAYAKAN SAKSI-SAKSI DALAM KES ZINA

29. (1) Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memeuhi syarat-syarat berikut:-

i) saksi-saksi itu mestilah empat orang yang semuanya terdiri daripada orang lelaki - tidak diterima penyaksian orang perempuan.

ii) Baligh, iaitu orang yang telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syara'.

iii) Berakal, iaitu orang yang mempunyai akal fikiran yang waras dan yang cukup sempurna akal fikirannya.

iv) Orang yang adil, iaitu orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil.

v) Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah terdiri dari orang-orang Islam, samaada menjadi ke atas orang Islam, atau bukan Islam.

vi) Saksi-saksi kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk keperluan lelaki itu ke dalam kemaluan perempuan itu sepertilah lidi celak masuk ke dalam tabungnya atau seperti keris masuk ke dalam sarungnya.

viii) Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).

                                        -Al Ahkam al-Fiqhiyah fil-Mazahib al-Isllamiah al-Arbaah 2/505

(2) Seseorang yang mendakwa bahawa seseorang perempuan melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang  saksi lelaki, dakwaan itu adalah dianggap sebagai qazib, iaitu menuduh seseorang berzina secara melulu yang wajib dikenakan hukuman hudud (disebat sebanyak lapan puluh kali sebat). Firman Allah Taala:-

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi sebatlah mereka delapan puluh kali sebat - surah an-nur 4